Doa untuk ibu bapa
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka
Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar
atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.
Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana
aku atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana
perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya
pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas
kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.
Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka
sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah
aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua
berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat
kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu
serta rahmat-Mu... .
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki
Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir
dan Engkaulah yang Maha Pengasih
diantara semua pengasih.
Amin Ya Rabbul Alamin..
Marilah kita kenangkan dosa kita kepada
orang tua kita. Siapa tahu hidup kita dirundung
nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana
kita menghisap darahnya, tenaganya,
airmatanya, keringatnya. Istighfarlah,
istighfarlah. ..Barangsiapa yang matanya
pernah sinis melihat orang tuanya. Atau
kata-katanya sering mengguris hatinya,
atau yang jarang memperdulikan dan
mendoakannya. Percayalah bahawa
anak yang derhaka siksanya didahulukan didunia ini.
orang tua kita. Siapa tahu hidup kita dirundung
nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana
kita menghisap darahnya, tenaganya,
airmatanya, keringatnya. Istighfarlah,
istighfarlah. ..Barangsiapa yang matanya
pernah sinis melihat orang tuanya. Atau
kata-katanya sering mengguris hatinya,
atau yang jarang memperdulikan dan
mendoakannya. Percayalah bahawa
anak yang derhaka siksanya didahulukan didunia ini.
Mak.. Ayah..ampunilah d0sa2 anakmu ini...:'(
No comments:
Post a Comment