Thursday, November 9, 2017

DUNIA TERSEMBUNYI.



Bondaku.. Semoga dirimu sihat selalu 💖

Assalamualaikum wbt..

Gitukan tajuknya. Ekekeke.

Selamat Hari Jumaat everyone. 
Sorry ler hari tu janji nak sambung berblogging, sekali sebulan selepas tu pulak muncul. Banyak pulak halangan. Tengah syok2 menaip boleh pulak laptop ni hang. Dah la idea nak menjengah tu mahal nau. Pastu bila nk berblogging balik, line internet pulak slow. Hehe. Takpelah. Semuanya comey belako. Mungkin kalau buat entry masa tu yg terhasilnya entry yg kurang berkualiti. Mungkin. Hehe.

Dan Alhamdulillah, hari ni mendapat idea & kekuatan untuk menulis.
Nadia nak share pengalaman pertama Nadia jejak Bukit Bendera last week. Ye. Pertama kali. Jangan gelak tau. 

EH jap! Hari ni hari Jumaat kan? Jom sama-sama kita berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. 

اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍٍ وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ كَمَا بَارِكَتْ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، فِى الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْد


Nadia suka sangat hari Jumaat. Mungkin sebab ramai makhluk bumi yg sama2 berselawat ke atas Nabi SAW, maka bumi ini terasa begitu tenang & nyaman. 💗

Ok Nadia rasa Nadia je kot yg baru jejak Bukit Bendera tuh. Dasyatkan >.<
So izinkanlah first timer yg tengah eksaited ni bercerita. Heheh.

First of all, Nadia nak say thankyou sangat to Cik Nab & suami sebab sponsor kami semua. Next time nak belanja lagi boleh je. Takdok masalah pun 😆



Biasa Nadia tengok orang bila datang Bukit Bendera mesti eksaited nak bergambar kat love kt Owl Museum tu. Nadia eksaited jugak, tapi eksaited tahap biasa. Mungkin tempat tu mainstrem sangat. 
Mungkin tak sesuai dengan ai tempat tu. Ye lah, ada pulak dtg tempat love tu sorang2. Kesiankan? 😆

Apapun nak la jugakkkk alang2 dah sampaikan, 

Kesian gila amik gambar sorang2. AHAHAHA
Yang Nadia lebih eksaited lagi, bila tahu kami boleh naik atas lagi. Nak naik atas tu terpulang pada kita, nak jalan kaki atau pun nak naik hilux. Kalu ikutkan hati nak je panjat bukit tu, tapi mengenangkan bukan sorang2 so kami memilih utk naik hilux lah. Free je. Sampai atas dia berhenti kt kedai kopi, so kt situlah habis duit sikit.





Ni hah kedai kopinya, sampai sini masuklah menikmati kopi 20 hingget 3 cawan. 

Kami tak order lebih pun, sekadar amik syarat. Order pun minum 2 teguk je. Ye lah, masing2 nak layan suasana nyaman dlm hutan bukannya nak naik makan sampai kenyang 😆








Like seriously, suka sangat kat sini. Rasa macam dah lama tak sedut oksigen yg sejuk & fresh. Nadia betul2 tinggalkan segala saka2 stress kt hutan tuh. Betul tak fikir apa. Memang sengaja. Sebab masa tu Nadia dah setelkan tugas bisnes Nadia, Nadia dah siapkan tiket pelancongan percuma dengan BERNIAGA GAYA PIN sebelum Nadia bercuti dengan family ni. Hehe. 

Konklusi dia, nak bercuti siapkan keje dulu, baru la boleh bercuti betul2 😊

Last but not least, Congratulations to dear my partner in crime sejak kecik atas kejayaan awak menyiapkan Master in Science.


Doakan saya pulak lepas ni 😊


View Penang dari atas Bukit Bendera, Tata... Jumpa lagik 😉

Wednesday, October 11, 2017

CIK NADIA? Sape tu?

Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum wbt.

Dengan izin Allah, akhirnya diberi kesempatan untuk menulis didalam blog kesayangan hamba ni. Blog yg telah diwujudkan sejak 7 tahun yg lalu. Tetapi kerana kurang kematangan akal, belum sempat untuk menyebarkan manfaat dr hujung jari kepada pembaca menerusi blog ini. Dan Inshaa Allah, mulai hari ini, Nadia akan cuba menampilkan & menyampaikan penulisan dengan pengisian terbaik untuk anda semua. Didoakan, semoga anda semua sentiasa terasa teruja dengan setiap pengisian post Nadia. 

Ok, izinkan Nadia memperkenalkan diri sedikit sebanyak. Kalau diFB, kalian kenal Nadia sebagai CikNadia. ok, siapa CikNadia ni? artis ke?? gtuuu. kahkah. Ok dah nk keluar perangai sebenar dah
 >.<.

Ok, nama penuh Nadia ialah, NurNadia Farhana. But, yg lekatnya Nadia je. Kalau orang panggil Farhana macam lupa pulak tu nama sendiri 😅😅 
So, korang pun teruskan panggil Nadia je la ea. Hehe. Pernah bersekolah & pernah berUniversiti. Tak mampu ke Universiti Antarabangsa, kita ke Universiti Local je. Hehe. Graduate from UiTM, dalam bidang Art & Design. To be more spesific, Nadia punya majoring adalah Seni Reka Tekstil & minoring Seni Reka Grafik. 

Pernah berkerja sebagai fotografer diStudio Mukmin Kota Bharu, but sekejap sgt. Setahun kemudian mencuba tugas sebagai admin di Firma Guaman di Kota Bharu, pun untuk seketika. Hehe. 

Seterusnya Nadia mula bisnes. Nadia mula bisnes makanan. First, bisnes kek coklat. Aku main taram je ni, resepi by mr google. Tapi dgn konpidennya aku open order. Ahahaha. Alhamdulillah. Permintaan memberangsangkan. Tapi itulah. Anak muda. Mana nak seriouskan. So, aku stop. HAHAHA. Masa ni kakak2 Nadia dok buat bisnes #pelitapink, atau bahasa kampungnya kueh tepung pelita. Dan punyalah semangat kakak aku ni nk suruh adik dia buat jugak, siap sponsor modal awal tau. Dan Alhamduillah lah, rezeki dgn pelita pink pun tak pernah surut sampai hari ni. Cuma kurang open order sebab Nadia nak lebih fokus pada bisnes sekarang. Haaaa. Bisnes ape tu? Bisnes baru pulak ke? Ehehehe. JENG JENG JENG!


Nampak logo ni? Nampak gah bukan?
Yaaa, inilah bisnes Nadia sekarang. Alhamdulillah. Sudah 2 tahun Nadia bersama bisnes ni. 
Bisnes apa ni??
Izinkan Nadia bercerita pada next entry boleh?
Cukuplah kalini Nadia mengatakan kumpulan ini sangat hebat, dengan penaung & pengasasnya sangat hebat yg sentiasa menghulurkan tangan untuk usahawannya. Dengan bisnes ni, banyak sgt Nadia boleh belajar. Bukan setakat ilmu jual beli je, malah ilmu kasih sayang juga banyak Nadia belajar dengan bisnes Nadia sekarang ni. Only Allah knows how much I love U, PIN. *sobssss*

Ada yg nak tahu lebih detail pasal Cik Nadia ke? *wahhh fefeeling gelemer sgt ko ni ya 😝*
Kita sambung next entry jugak deh. Lapaarrr. Ahahaha. Btw thankyou so much sudi baca sampai habis coretan pertama ni setelah beberapa tahun menyepi kt dunia blogging ni. Tu dah baca entry kita tu, bawak2lah follow ye, sian ai. Follower tak meriah langsung. Ahahaha. Ok see u next time. Daaaaa 😘😘






Bismillah.. Alhamdulillah.. Yeahhh selepas hampir setahun sis datang lagi 😆 Sebab kononnya nak berblog dengan laptop, pastu segala b...