Wednesday, October 11, 2017

CIK NADIA? Sape tu?

Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum wbt.

Dengan izin Allah, akhirnya diberi kesempatan untuk menulis didalam blog kesayangan hamba ni. Blog yg telah diwujudkan sejak 7 tahun yg lalu. Tetapi kerana kurang kematangan akal, belum sempat untuk menyebarkan manfaat dr hujung jari kepada pembaca menerusi blog ini. Dan Inshaa Allah, mulai hari ini, Nadia akan cuba menampilkan & menyampaikan penulisan dengan pengisian terbaik untuk anda semua. Didoakan, semoga anda semua sentiasa terasa teruja dengan setiap pengisian post Nadia. 

Ok, izinkan Nadia memperkenalkan diri sedikit sebanyak. Kalau diFB, kalian kenal Nadia sebagai CikNadia. ok, siapa CikNadia ni? artis ke?? gtuuu. kahkah. Ok dah nk keluar perangai sebenar dah
 >.<.

Ok, nama penuh Nadia ialah, NurNadia Farhana. But, yg lekatnya Nadia je. Kalau orang panggil Farhana macam lupa pulak tu nama sendiri 😅😅 
So, korang pun teruskan panggil Nadia je la ea. Hehe. Pernah bersekolah & pernah berUniversiti. Tak mampu ke Universiti Antarabangsa, kita ke Universiti Local je. Hehe. Graduate from UiTM, dalam bidang Art & Design. To be more spesific, Nadia punya majoring adalah Seni Reka Tekstil & minoring Seni Reka Grafik. 

Pernah berkerja sebagai fotografer diStudio Mukmin Kota Bharu, but sekejap sgt. Setahun kemudian mencuba tugas sebagai admin di Firma Guaman di Kota Bharu, pun untuk seketika. Hehe. 

Seterusnya Nadia mula bisnes. Nadia mula bisnes makanan. First, bisnes kek coklat. Aku main taram je ni, resepi by mr google. Tapi dgn konpidennya aku open order. Ahahaha. Alhamdulillah. Permintaan memberangsangkan. Tapi itulah. Anak muda. Mana nak seriouskan. So, aku stop. HAHAHA. Masa ni kakak2 Nadia dok buat bisnes #pelitapink, atau bahasa kampungnya kueh tepung pelita. Dan punyalah semangat kakak aku ni nk suruh adik dia buat jugak, siap sponsor modal awal tau. Dan Alhamduillah lah, rezeki dgn pelita pink pun tak pernah surut sampai hari ni. Cuma kurang open order sebab Nadia nak lebih fokus pada bisnes sekarang. Haaaa. Bisnes ape tu? Bisnes baru pulak ke? Ehehehe. JENG JENG JENG!


Nampak logo ni? Nampak gah bukan?
Yaaa, inilah bisnes Nadia sekarang. Alhamdulillah. Sudah 2 tahun Nadia bersama bisnes ni. 
Bisnes apa ni??
Izinkan Nadia bercerita pada next entry boleh?
Cukuplah kalini Nadia mengatakan kumpulan ini sangat hebat, dengan penaung & pengasasnya sangat hebat yg sentiasa menghulurkan tangan untuk usahawannya. Dengan bisnes ni, banyak sgt Nadia boleh belajar. Bukan setakat ilmu jual beli je, malah ilmu kasih sayang juga banyak Nadia belajar dengan bisnes Nadia sekarang ni. Only Allah knows how much I love U, PIN. *sobssss*

Ada yg nak tahu lebih detail pasal Cik Nadia ke? *wahhh fefeeling gelemer sgt ko ni ya 😝*
Kita sambung next entry jugak deh. Lapaarrr. Ahahaha. Btw thankyou so much sudi baca sampai habis coretan pertama ni setelah beberapa tahun menyepi kt dunia blogging ni. Tu dah baca entry kita tu, bawak2lah follow ye, sian ai. Follower tak meriah langsung. Ahahaha. Ok see u next time. Daaaaa 😘😘






Bismillah.. Alhamdulillah.. Yeahhh selepas hampir setahun sis datang lagi 😆 Sebab kononnya nak berblog dengan laptop, pastu segala b...