Sunday, June 14, 2020

Bismillah.. Alhamdulillah..
Yeahhh selepas hampir setahun sis datang lagi ๐Ÿ˜†

Sebab kononnya nak berblog dengan laptop, pastu segala bahan ada dalam henfon. 
Hold dulu. Sedar2 dah hampir setahun ๐Ÿ˜†

So hari ni,Alhamdulillah dengan izin Allah sis datang untuk menulis lagi.
Begitulah kisahnya, setahun sekali baru ada ceritanya disini ๐Ÿ˜‚

Ada sahabat yg sudah maklum, menulisnya sis hari ni as a someone's wife.
Eceeewah! 

Dulu menulis sebagai single, sekarang double! ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜‚
Double laa ada suamikan ๐Ÿ˜…
Next, doakan kami triple pulak tau ๐ŸŒผ
Heh heh.

Alhamdulillah untuk nikmat dari Allah SWT ini ❤

So kalau ditakdirkan sis rajin untuk menulis lagi, ceritanya mungkin lebih  berkisarkan pengalaman baru
Semoga kalian tak jemu. 
Ya? ๐Ÿ˜Š

Sementara ada peluang dan ruang, hendak sis coretkan kisah hidup sebagai tatapan hari hadapan ☺
Yang pasti yg manis sahaja, yg pahit kita buang.
Ya? ๐Ÿ˜˜

Selepas 3 bulan,
sebagai pembuka tulisan tahun 2020,
Sis kongsikan moment besar utk tahun ni bersama kalian๐ŸŒท

Bolehkan? ☺

HADIAH ❤



 




Hadiah daripada Allah SWT.
Dulu dia asing, langsung aku tak kenal.
Disaat aku cakap 'Yes', kepada Allah jua aku bertawakkal.

Ramai orang ingat kitorang ni dah lama kenal padahal jumpa 10 kali pun tak sampai.
Ngehngeh.

First time jumpa tak sampai 10 minit.
Aku bg 2 sachet Minkaffe.
Sweetkan aku? ๐Ÿ˜‚

Then teruskan perancangan dan perjalanan untuk bertunang seterusnya bernikah.

I always asked Allah,
Betul ke dia untuk aku?
'' Jika Benar dia untukku, permudahkanlah ya Allah''

And Alhamdulillah.
Its going smoothly.

13.8.19
Tunang

14.3.20
Nikah

15.3.20
Walimah

18.3.20
PKP

Rezeki kami.
Honeymoon free.
 3 bulan.
Suku tahun.
Alhamdulillah ๐Ÿ˜…

(but pasni kena double triple honeymoon trip lah kan? ๐Ÿคช)

Dear awak,
if you read this i just wanna let you know that i'm glad to have you as my nakhoda.
Semoga awak sentiasa diberikan kesabaran dalam melayani kerenah saya.
Besi diluar, tisu didalam.
Aaaagitteww.
Saya minta dengan Allah supaya diberikan lelaki yg baik, yg boleh sabar dengan saya, yg boleh terima saya dari A-Z.
Allah hadiahkan awak.
Ai wov yu ๐Ÿ˜˜

Selepas 3 bulan, baru berpeluang menulis disini.
Mood baru mari.
Hehe.
Nanti kita sambung lagi ๐Ÿ˜Š

Doakan kesejahteraan rumahtangga kami ya? ❤
Semoga rahmat dan kasih sayang Allah SWT jua sentiasa bersama kalian yg mendoakan kebaikkan buat kami.

Salam sayang,
Ciknad ๐Ÿ˜˜




Thursday, June 27, 2019

Bismillah..
Assalamualaikum wbt!
hye, thankyou sudi datang baca coretan kita.
adududuh.. boleh menulis lg ke tak ni?
gabra pulak sis ๐Ÿ˜†
kalau nak ikutkan umur blog ni dah hampir 10 tahun.. 
tapi itulah, tuannya macam chipsmore.
setahun sekali datangnya. kahkah. 
ni mood nak memblog datang semula. Harapnya berpanjangan lah.
Nadia nak tanya pendapat u all la, ape yg patut nak share kat sini?

Life story? 
errr tak menarik pun cerita hidup aku noxxx ๐Ÿ˜…
Kisah bisnes? 
ermmm menarik jugakkan?
atauuu..
gosip-gosip artis?
gitewww. 
Nak caras oh bulan ke sis? ๐Ÿ˜†

Panjang betul angan-angan. Tah-tah tahun depan pulak datangnya kat sini. 
ekekeke, Tak, tak. Inshaa Allah nadia cuba rajin-rajinkan diri datang mengisi kat sini ok?

TATA..๐Ÿ˜

So sempena kemunculan semula, sis belanjalah gambar yg dah berkepam ni ๐Ÿ˜
See you guys!

Thursday, November 9, 2017

DUNIA TERSEMBUNYI.



Bondaku.. Semoga dirimu sihat selalu ๐Ÿ’–

Assalamualaikum wbt..

Gitukan tajuknya. Ekekeke.

Selamat Hari Jumaat everyone. 
Sorry ler hari tu janji nak sambung berblogging, sekali sebulan selepas tu pulak muncul. Banyak pulak halangan. Tengah syok2 menaip boleh pulak laptop ni hang. Dah la idea nak menjengah tu mahal nau. Pastu bila nk berblogging balik, line internet pulak slow. Hehe. Takpelah. Semuanya comey belako. Mungkin kalau buat entry masa tu yg terhasilnya entry yg kurang berkualiti. Mungkin. Hehe.

Dan Alhamdulillah, hari ni mendapat idea & kekuatan untuk menulis.
Nadia nak share pengalaman pertama Nadia jejak Bukit Bendera last week. Ye. Pertama kali. Jangan gelak tau. 

EH jap! Hari ni hari Jumaat kan? Jom sama-sama kita berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. 

ุงَู„ู„َّู‡ُู…َّ ุตَู„ِّู‰ ุนَู„َู‰ ู…ُุญَู…َّุฏٍٍ، ูˆَุนَู„َู‰ ุขู„ِู‡ِ ู…ُุญَู…َّุฏٍٍ، ูƒَู…َุง ุตَู„َّูŠْุชَ ุนَู„َู‰ ุฅِุจْุฑَุงู‡ِูŠْู…َ ูˆَุนَู„َู‰ ุขู„ِ ุฅِุจْุฑَุงู‡ِูŠْู…َ، ูˆَุจَุงุฑِูƒْ ุนَู„َู‰ ู…ُุญَู…َّุฏٍٍ ูˆَุนَู„َู‰ ุขู„ِู‡ِ ู…ُุญَู…َّุฏٍٍ ูƒَู…َุง ุจَุงุฑِูƒَุชْ ุนَู„َู‰ ุฅِุจْุฑَุงู‡ِูŠْู…َ ูˆَุนَู„َู‰ ุขู„ِ ุฅِุจْุฑَุงู‡ِูŠْู…َ، ูِู‰ ุงู„ْุนَุงู„َู…ِูŠْู†َ ุฅِู†َّูƒَ ุญَู…ِูŠْุฏٌ ู…َุฌِูŠْุฏ


Nadia suka sangat hari Jumaat. Mungkin sebab ramai makhluk bumi yg sama2 berselawat ke atas Nabi SAW, maka bumi ini terasa begitu tenang & nyaman. ๐Ÿ’—

Ok Nadia rasa Nadia je kot yg baru jejak Bukit Bendera tuh. Dasyatkan >.<
So izinkanlah first timer yg tengah eksaited ni bercerita. Heheh.

First of all, Nadia nak say thankyou sangat to Cik Nab & suami sebab sponsor kami semua. Next time nak belanja lagi boleh je. Takdok masalah pun ๐Ÿ˜†



Biasa Nadia tengok orang bila datang Bukit Bendera mesti eksaited nak bergambar kat love kt Owl Museum tu. Nadia eksaited jugak, tapi eksaited tahap biasa. Mungkin tempat tu mainstrem sangat. 
Mungkin tak sesuai dengan ai tempat tu. Ye lah, ada pulak dtg tempat love tu sorang2. Kesiankan? ๐Ÿ˜†

Apapun nak la jugakkkk alang2 dah sampaikan, 

Kesian gila amik gambar sorang2. AHAHAHA
Yang Nadia lebih eksaited lagi, bila tahu kami boleh naik atas lagi. Nak naik atas tu terpulang pada kita, nak jalan kaki atau pun nak naik hilux. Kalu ikutkan hati nak je panjat bukit tu, tapi mengenangkan bukan sorang2 so kami memilih utk naik hilux lah. Free je. Sampai atas dia berhenti kt kedai kopi, so kt situlah habis duit sikit.





Ni hah kedai kopinya, sampai sini masuklah menikmati kopi 20 hingget 3 cawan. 

Kami tak order lebih pun, sekadar amik syarat. Order pun minum 2 teguk je. Ye lah, masing2 nak layan suasana nyaman dlm hutan bukannya nak naik makan sampai kenyang ๐Ÿ˜†








Like seriously, suka sangat kat sini. Rasa macam dah lama tak sedut oksigen yg sejuk & fresh. Nadia betul2 tinggalkan segala saka2 stress kt hutan tuh. Betul tak fikir apa. Memang sengaja. Sebab masa tu Nadia dah setelkan tugas bisnes Nadia, Nadia dah siapkan tiket pelancongan percuma dengan BERNIAGA GAYA PIN sebelum Nadia bercuti dengan family ni. Hehe. 

Konklusi dia, nak bercuti siapkan keje dulu, baru la boleh bercuti betul2 ๐Ÿ˜Š

Last but not least, Congratulations to dear my partner in crime sejak kecik atas kejayaan awak menyiapkan Master in Science.


Doakan saya pulak lepas ni ๐Ÿ˜Š


View Penang dari atas Bukit Bendera, Tata... Jumpa lagik ๐Ÿ˜‰

Wednesday, October 11, 2017

CIK NADIA? Sape tu?

Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum wbt.

Dengan izin Allah, akhirnya diberi kesempatan untuk menulis didalam blog kesayangan hamba ni. Blog yg telah diwujudkan sejak 7 tahun yg lalu. Tetapi kerana kurang kematangan akal, belum sempat untuk menyebarkan manfaat dr hujung jari kepada pembaca menerusi blog ini. Dan Inshaa Allah, mulai hari ini, Nadia akan cuba menampilkan & menyampaikan penulisan dengan pengisian terbaik untuk anda semua. Didoakan, semoga anda semua sentiasa terasa teruja dengan setiap pengisian post Nadia. 

Ok, izinkan Nadia memperkenalkan diri sedikit sebanyak. Kalau diFB, kalian kenal Nadia sebagai CikNadia. ok, siapa CikNadia ni? artis ke?? gtuuu. kahkah. Ok dah nk keluar perangai sebenar dah
 >.<.

Ok, nama penuh Nadia ialah, NurNadia Farhana. But, yg lekatnya Nadia je. Kalau orang panggil Farhana macam lupa pulak tu nama sendiri ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜… 
So, korang pun teruskan panggil Nadia je la ea. Hehe. Pernah bersekolah & pernah berUniversiti. Tak mampu ke Universiti Antarabangsa, kita ke Universiti Local je. Hehe. Graduate from UiTM, dalam bidang Art & Design. To be more spesific, Nadia punya majoring adalah Seni Reka Tekstil & minoring Seni Reka Grafik. 

Pernah berkerja sebagai fotografer diStudio Mukmin Kota Bharu, but sekejap sgt. Setahun kemudian mencuba tugas sebagai admin di Firma Guaman di Kota Bharu, pun untuk seketika. Hehe. 

Seterusnya Nadia mula bisnes. Nadia mula bisnes makanan. First, bisnes kek coklat. Aku main taram je ni, resepi by mr google. Tapi dgn konpidennya aku open order. Ahahaha. Alhamdulillah. Permintaan memberangsangkan. Tapi itulah. Anak muda. Mana nak seriouskan. So, aku stop. HAHAHA. Masa ni kakak2 Nadia dok buat bisnes #pelitapink, atau bahasa kampungnya kueh tepung pelita. Dan punyalah semangat kakak aku ni nk suruh adik dia buat jugak, siap sponsor modal awal tau. Dan Alhamduillah lah, rezeki dgn pelita pink pun tak pernah surut sampai hari ni. Cuma kurang open order sebab Nadia nak lebih fokus pada bisnes sekarang. Haaaa. Bisnes ape tu? Bisnes baru pulak ke? Ehehehe. JENG JENG JENG!


Nampak logo ni? Nampak gah bukan?
Yaaa, inilah bisnes Nadia sekarang. Alhamdulillah. Sudah 2 tahun Nadia bersama bisnes ni. 
Bisnes apa ni??
Izinkan Nadia bercerita pada next entry boleh?
Cukuplah kalini Nadia mengatakan kumpulan ini sangat hebat, dengan penaung & pengasasnya sangat hebat yg sentiasa menghulurkan tangan untuk usahawannya. Dengan bisnes ni, banyak sgt Nadia boleh belajar. Bukan setakat ilmu jual beli je, malah ilmu kasih sayang juga banyak Nadia belajar dengan bisnes Nadia sekarang ni. Only Allah knows how much I love U, PIN. *sobssss*

Ada yg nak tahu lebih detail pasal Cik Nadia ke? *wahhh fefeeling gelemer sgt ko ni ya ๐Ÿ˜*
Kita sambung next entry jugak deh. Lapaarrr. Ahahaha. Btw thankyou so much sudi baca sampai habis coretan pertama ni setelah beberapa tahun menyepi kt dunia blogging ni. Tu dah baca entry kita tu, bawak2lah follow ye, sian ai. Follower tak meriah langsung. Ahahaha. Ok see u next time. Daaaaa ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜






Wednesday, December 7, 2011

♥ UNTUK KAMU ♥


Raut wajah..mendamaikan..
dan sesuci..selembut hatimu..
sinar mata..mempersona..
bagai gugur..seluruh jantungku..
aku ingin engkau tahu..
cinta aku satu..
tercipta buat dirimu..hanya untuk kamu..


I LOVE U SO MUCH!


Wednesday, October 5, 2011

WANITA ITU ISTIMEWA


 Sayangnya Allah Pada Perempuan 

Siapa kata jadi perempuan tu SENANG

Nak ken
a tutup sana, tutup sini

Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising

Perempuan, stoking pon kena pakai

Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari

Komfem x tahan bertutup semua

Tapi, perempuan cool jek

Tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan

Siapa kata jadi perempuan tu senang

Tiap2 bulan, mesti ada penyakit

Nak pergi kelas pon susah

Kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit

Cuba tengok budak lelaki , selamber jek

Kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit

Tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive jek

Tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit

Hebat kan perempuan

Siapa kata jadi perempuan tu senang

Hati ni Allah jadikan lembut betul

Cepat jek sensitif

Cuba tengok orang putus cinta

Selalu perempuan yg paling susah nak lupa

Lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru

Cuba pergi wayang tengok cerita hindustan

Siapa yg paling teruk menangis

Perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi

Lembut tak lembut hati perempuan

Tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki

Hebat tak perempuan?

Disebabkan susahnya nak jadik perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk Dengan Allah

Diorang cakap, Allah x adil

Kenapa Allah lebihkan lelaki

Kenapa perempuan kena dengar cakap suami

Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah

Bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan

Dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg bebel

Diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon'

Diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki

Diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati

Kesian kan kat diorang

Disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang

Diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil

Persoalannya sekarang

Betul ke Allah x adil dengan perempuan

Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

Tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa Kalau bukan kaki ibunya

Betul, isteri kena ikut cakap suami

Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya

X adil lagikah Allah pada perempuan

Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan

Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya

Kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri

Cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu

Tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki

Bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu

MashaAllah, hebatnya perempuan kan

Kenapa perempuan hebat? sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat

Cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio

Banyak lagu pasal perempuan kan

Contohnya macam lagu SUMAIYYAH,

Jarang kita dengar lagu pasal lelaki

Sayang x sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam Tu sekali dekat dunia

Tengok pula, bila seorang lelaki berjaya...

Orang akan cakap:

'Disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'

Kita x pernah dengar orang cakap:

'Disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'

Kan? Hebat x Allah jadikan perempuan tu

Masih x adil lagikah Allah dekat perempuan

Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan

Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni

Perempuan senang nak masuk syurga

Tengok hadis ni:

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)

X adil lagikah Allah dekat perempuan

Oh perempuan, sedarlah

Betapa sayangnya Allah dekat kita

Betapa cintanya Allah dekat kita

Tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah

Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia

Bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan

Dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah

Kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan

Sekadar perkongsian bersama 

~ Wahai kaum adam.. Hargailah wanita yg sentiasa berada disisimu.. Bimbinglah dia, Kalau silap langkahnya, Adam pun turut dapat nama di akhirat kelak.. Adam tegur Hawa dengan cara yang baik dan kena dengan caranya.. Didiklah dia menjadi wanita solehah krn dia adalah dari tulang rusukmu.. Lindungi dia dari fitnah dunia.~

Bukankah Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam untuk disayangi dan dilindungi

Bismillah.. Alhamdulillah.. Yeahhh selepas hampir setahun sis datang lagi ๐Ÿ˜† Sebab kononnya nak berblog dengan laptop, pastu segala b...